syurgaku

syurgaku

Monday 1 August 2011

Puasa dan Sains..apakah kaitannya??


                                         Puasa dan Detoksifikasi

Matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh segala kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.

Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin. Mengikut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, “Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini ialah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan suatu yang berbeza iaitu mengamalkan puasa ketika sakit.

Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel. Puasa adalah cara rawatan yang tertua di dunia. Ia telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan untuk pesakit-pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering kali berpuasa. Berpandukan kajian serta testimoni pesakit-pesakit, puasa didapati mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit.”

Mengikut Dr. Cindy Engles (Ph.D) pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, “Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural ke arah kesembuhan. Ia bermanfaat bukan sahaja untuk binatang malah juga untuk manusia. Puasa akan mencepatkan kesembuhan kerana secara umumnya bakteria memerlukan zat besi untuk bertindak justeru dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya.”

Di Universiti Sains Perubatan Tehran pula, Dr. F. Azizi dan rakan-rakannya membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan. Pemeriksaan darah untuk mengukur kadar glucose, bilirubin, calcium, phosphorus, protein, albumin, follicle stimulating hormone, thyroid stimulating hormone, testosterone, prolactin, luteinising hormone, thyroxine-4 dan thyroxine-3 telah dilakukan sebelum Ramadan dan pada hari kesepuluh, kedua puluh dan kedua puluh sembilan Ramadan. Di samping itu, berat badan mereka ditimbang. 

Ujian-ujian ini menunjukkan puasa menurunkan paras gula di dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Kadar kolesterol yang memudaratkan iaitu kolesterol LDL (low density lipoprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol baik iaitu kolesterol HDL (high density lipoprotein) meningkat. Paras lemak di dalam darah secara umumnya juga menurun. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan. Malah sebaliknya ia memberi kesan yang baik kepada metabolisme badan sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak. Fakta-fakta ini dilaporkan di dalam Islamic Perspectives in Medicine oleh Dr. Shahid Athar terbitan American Trust Publications, Indianapolis.

Nukilan Dr Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B. Alexandria)

 

Tuesday 5 July 2011

bukan tentang "saya" atau "awak" tetapi tentang " kita" ^_^

Tahu tak lagu nih?? ‘Renjis-renjis dipilis, di tepungi lah tawar, hai beras kunyit ditabur disiram si air mawar”….alam perkahwinan sudah bermula..bermula sebuah komitmen anda sebagai isteri ataupun suami..kebahagiaan yang di idamkan bersama insan tersayang..Alhamdulillah…

Ramai pasangan yang bercinta mengharapkan rumahtangga yang bahagia hingga ke akhirnya. Namun demikian apa yang ingin saya sentuh kali ini ialah ramai pasangan yang kurang menyiapkan diri dari segi psikologi dan kekuatan rohani untuk menepuh alam perkahwinan yang sebenar. Hanya setakat mengikuti kursus pra perkahwinan, ianya sangt tidak mencukupi..krn alam rumahtangga perlu dilayari dengan berlandaskan ilmu Allah.

Pernah dengar tak? Cinta itu indah, namun cinta itu buta…kenapa? Adakala kita tidak sedar suka duka yang akan dilalui dalam alam rumahtangga krn kita menganggap CINTA itu sentiasa indah..sebuah perkahwinan bukan hanya tentang cinta, namun ianya tentang KASIH SAYANG, KOMITMEN TANGGUNGJAWAB dan PENGORBANAN.

“Tujuan utama perkahwian bukan sekadar untuk membuatkan anda bahagia tetapi untuk membuat diri kita dan pasangan bahagia. Tiada lagi tentang “ saya” , tiada lagi tentang “ awak” tetapi apa? Tetapi semuanya tentang “kita”..

Jom kita betulkan tanggapan kita mengenai perkahwinan:
  • Perkahwinan akan buatkan saya bahagia ( bestnya)
Sebenarnya kebahagian bukanlah terletak pada pasangan kita tetapi ianya ditentukan o diri kita sendiri. Kebahagiaan ni terlalu subjektif dan kita sahaja yang tahu…ramai juga pasangan yang baru berkahwin setahun sudah mahu berpisah kerana kata mereka “ kami tak bahagia lagi” “ saya rasa tertekan dengan perkahwianan ini” . Kebahagiaan tidak boleh ditunggu ttpi ianya perlu di cari dalam diri sendiri..yang paling penting kebahagiaan itu dikongsi bersama pasangan anda..
  •  Sepatutnya pasangan saya tahu apa kehendak saya
hakikatnya pasangan tak tahu apa yang kita fikirkan walaupun daia seorang yang bijaksana. Semuanya perlu di utarakan dengan cara yang jelas bukan berkias..Hmm…ini selalu terjadi..dalam perkahwinan, di awal perkahwinan lagi , pasangan kena selalu berterus terang, insyaAllah ianya kaan menjadi satu bentuk komunikasi yang baik kerana di awal perkahwinan, di situlah wujudnya undang2 yang tidak bertulis antara pasangan, cukup hanya difahami o pasangan. U makluman kaum isteri, komunikasi yg terbaik dengan suami adalah nyatakan dengan jelas apa yang kita mahukan . contoh ..kita pergi pasar malam, Nampak sate sedap sangat..kita hanya cakap pada suami kita “ sedapnya sate tu” ( padahal dalam hati kita, moga2 suami g beli) , tapi sebenarnya, lelaki hanya faham isterinya hanya memberitahu pada dia bahawa sate sedap..takke rugi kita kaum pompuan nih? Hee..
  •   Konflik yang timbul akan mengurangkan kasih sayang
Betul ke tidak?? Konflik tetap akan ada kerana pasangan memliki perspektif yang berbeza tentang pelbagai perkara. Ianya bergantung kepada cara kita mengatasi setiap cabaran yang hadir dalam rumahtangga kita. Elakkan dari meninggikan suara, kedua-dua pihak kena tenang..cabaran dan konflik yang dapat diselesaikan dengan baik akan menambahkan kematangan antara pasangan dan membuahkan kebahagian..

Semakin hari semakin sayang…insyaAllah..sebelum berkahwin perlukan ilmu, pengalaman juga satu ilmu…pengalaman insan lain dijadikan peringatan dan panduan, kerana pengalaman orang lain jugalah satu proses kematangan diri..CARI PENGALAMAN BUAT TELADAN..

                                                                                         
Sekadar perkongsiaan :  ( Selamat Pengantin Baru - Hijjaz)
~suka pasang dalam kereta coz u reminder diri sendiri ( sesuai u mereka yang sukakan lagu) ~

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

puding karamel..sedap tau..paling mudah...*_*

suami saya ambilkn gambar
nyum..nyum

Puding karamel??? puding gula hangus..ntah la..mcm2 nama yg ade...saya buat ni khas u suami yg suka makan puding...waktu gi kedai..sian suami, makan sekeping je, nak beli banyak nanti, rasa rugi..saya pun berjanji kat diri sendiri u buat khas sempena birthday suami tersayang..alhamdulillah..cari kat internet jupe satu resepi yang mudah dan sangat sedap..( ni kata2 dr mereka yg makan puding saya hee)..kalau nak hangus lagi, boleh je, cuma saya buat berdasrkan taste suami saya..
               
           Pada kawan2 semua, bulan puasa bakal menjelma, jom pakat2 buat sebb sangat sesuai di buat pencuci mulut ketika berbuka..sejuk plak tuh...takyah beli kat kedai ,tak berbaloi ,kalu buat kos hanya lbh kurang rm5 je, dapat dalam 10 keping...kat kedai 10 kpg x RM2 = RM 20...mahai tak??? huhu....boleh tahan 3 hari dlm peti tp kat rumah saya, sehari je hehe..tpi jgn makan selalu, tak elok u kesihatan, MAKAN ikut KEPERLUAN, bukan mengikut nafsu tau

Bahan2 :
telur 7 biji ( baru RM2)
susu pekat manis 1 tin biasa ( RM 2.40 sen)
Gula Pasir 3 sudu besar ( pakai yg kat umah je)
Garam 1 sudu kecil ( dah ade kat umah gak)
Tepung Kastard 2 sudu besar ( ade kat umah gak yg dulu2 punyer)
Air 1 cawan ( lagi la dah ade kat umah hee)

Loyang bersaiz diameter 15~20cm 

cara-caranya :
  1. Letak gula pasir dalam loyang&panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil sampai gula cair. Bila gula dah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula tu merata d permukaan loyang. Tutup la api bila gula cair tu mula berwarna sdkt kekuningan. jgn  sampai warnanya jadi benar-benar kuning atau perang, cukup la sdkt kuning je, coz proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit! biar jap 2 mint u gula tu beku  ( jap je nih)
  2. pastu masukkan telur+air+garam+tepung kastard+susu pekat manis ke dalam mangkuk/ blander dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.kalu dalam mangkuk, kacau2 slow je, janji sebati, jgn berbuih tau..kalu nak senang tepung kastard tu dibancuh dulu dgn air yg 1 cawan tadi)
  3. Tuang ramuan yang telah diblender/ kacau tadi ngan gunakan penapis (saya guna penapis teh je) ke dalam loyang yang telah ada gula cair yang telah keras tadi.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit. ( ni pun pastikan air dah sedia didih terlebih dahulu tau sebelum masukan loyang tadi)
  5. Apabila telah masak, biarkan dalam peti sejuk dulu, dah sejuk atau tak panas dah, telangkup loyang ke pinggan leper. yummy..alhamdulillah
tips:
~letakkan esen vanila dalam air kukus pun takpe..u dapatkan aroma yg wangi ..
~kene tapis tau kesemua bahan tadi setelah dikacau u buangkan tali pusat telur yang boleh menyebabkan hanyir serta bimbang2 ade tepung kastard yg tak hancur..
~garam diisi u membuatkan rase lemak je..bkn u masin erk..

murah kan? so pe tunggu lagi..buat tau!!!
~sekian...jgn lupe buat u insan tersayang...pasti terpancar senyuman di wajahnya ^_^  memasak kerana Allah, meraih berkatNYA~