syurgaku

syurgaku

Tuesday 5 July 2011

bukan tentang "saya" atau "awak" tetapi tentang " kita" ^_^

Tahu tak lagu nih?? ‘Renjis-renjis dipilis, di tepungi lah tawar, hai beras kunyit ditabur disiram si air mawar”….alam perkahwinan sudah bermula..bermula sebuah komitmen anda sebagai isteri ataupun suami..kebahagiaan yang di idamkan bersama insan tersayang..Alhamdulillah…

Ramai pasangan yang bercinta mengharapkan rumahtangga yang bahagia hingga ke akhirnya. Namun demikian apa yang ingin saya sentuh kali ini ialah ramai pasangan yang kurang menyiapkan diri dari segi psikologi dan kekuatan rohani untuk menepuh alam perkahwinan yang sebenar. Hanya setakat mengikuti kursus pra perkahwinan, ianya sangt tidak mencukupi..krn alam rumahtangga perlu dilayari dengan berlandaskan ilmu Allah.

Pernah dengar tak? Cinta itu indah, namun cinta itu buta…kenapa? Adakala kita tidak sedar suka duka yang akan dilalui dalam alam rumahtangga krn kita menganggap CINTA itu sentiasa indah..sebuah perkahwinan bukan hanya tentang cinta, namun ianya tentang KASIH SAYANG, KOMITMEN TANGGUNGJAWAB dan PENGORBANAN.

“Tujuan utama perkahwian bukan sekadar untuk membuatkan anda bahagia tetapi untuk membuat diri kita dan pasangan bahagia. Tiada lagi tentang “ saya” , tiada lagi tentang “ awak” tetapi apa? Tetapi semuanya tentang “kita”..

Jom kita betulkan tanggapan kita mengenai perkahwinan:
  • Perkahwinan akan buatkan saya bahagia ( bestnya)
Sebenarnya kebahagian bukanlah terletak pada pasangan kita tetapi ianya ditentukan o diri kita sendiri. Kebahagiaan ni terlalu subjektif dan kita sahaja yang tahu…ramai juga pasangan yang baru berkahwin setahun sudah mahu berpisah kerana kata mereka “ kami tak bahagia lagi” “ saya rasa tertekan dengan perkahwianan ini” . Kebahagiaan tidak boleh ditunggu ttpi ianya perlu di cari dalam diri sendiri..yang paling penting kebahagiaan itu dikongsi bersama pasangan anda..
  •  Sepatutnya pasangan saya tahu apa kehendak saya
hakikatnya pasangan tak tahu apa yang kita fikirkan walaupun daia seorang yang bijaksana. Semuanya perlu di utarakan dengan cara yang jelas bukan berkias..Hmm…ini selalu terjadi..dalam perkahwinan, di awal perkahwinan lagi , pasangan kena selalu berterus terang, insyaAllah ianya kaan menjadi satu bentuk komunikasi yang baik kerana di awal perkahwinan, di situlah wujudnya undang2 yang tidak bertulis antara pasangan, cukup hanya difahami o pasangan. U makluman kaum isteri, komunikasi yg terbaik dengan suami adalah nyatakan dengan jelas apa yang kita mahukan . contoh ..kita pergi pasar malam, Nampak sate sedap sangat..kita hanya cakap pada suami kita “ sedapnya sate tu” ( padahal dalam hati kita, moga2 suami g beli) , tapi sebenarnya, lelaki hanya faham isterinya hanya memberitahu pada dia bahawa sate sedap..takke rugi kita kaum pompuan nih? Hee..
  •   Konflik yang timbul akan mengurangkan kasih sayang
Betul ke tidak?? Konflik tetap akan ada kerana pasangan memliki perspektif yang berbeza tentang pelbagai perkara. Ianya bergantung kepada cara kita mengatasi setiap cabaran yang hadir dalam rumahtangga kita. Elakkan dari meninggikan suara, kedua-dua pihak kena tenang..cabaran dan konflik yang dapat diselesaikan dengan baik akan menambahkan kematangan antara pasangan dan membuahkan kebahagian..

Semakin hari semakin sayang…insyaAllah..sebelum berkahwin perlukan ilmu, pengalaman juga satu ilmu…pengalaman insan lain dijadikan peringatan dan panduan, kerana pengalaman orang lain jugalah satu proses kematangan diri..CARI PENGALAMAN BUAT TELADAN..

                                                                                         
Sekadar perkongsiaan :  ( Selamat Pengantin Baru - Hijjaz)
~suka pasang dalam kereta coz u reminder diri sendiri ( sesuai u mereka yang sukakan lagu) ~

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

puding karamel..sedap tau..paling mudah...*_*

suami saya ambilkn gambar
nyum..nyum

Puding karamel??? puding gula hangus..ntah la..mcm2 nama yg ade...saya buat ni khas u suami yg suka makan puding...waktu gi kedai..sian suami, makan sekeping je, nak beli banyak nanti, rasa rugi..saya pun berjanji kat diri sendiri u buat khas sempena birthday suami tersayang..alhamdulillah..cari kat internet jupe satu resepi yang mudah dan sangat sedap..( ni kata2 dr mereka yg makan puding saya hee)..kalau nak hangus lagi, boleh je, cuma saya buat berdasrkan taste suami saya..
               
           Pada kawan2 semua, bulan puasa bakal menjelma, jom pakat2 buat sebb sangat sesuai di buat pencuci mulut ketika berbuka..sejuk plak tuh...takyah beli kat kedai ,tak berbaloi ,kalu buat kos hanya lbh kurang rm5 je, dapat dalam 10 keping...kat kedai 10 kpg x RM2 = RM 20...mahai tak??? huhu....boleh tahan 3 hari dlm peti tp kat rumah saya, sehari je hehe..tpi jgn makan selalu, tak elok u kesihatan, MAKAN ikut KEPERLUAN, bukan mengikut nafsu tau

Bahan2 :
telur 7 biji ( baru RM2)
susu pekat manis 1 tin biasa ( RM 2.40 sen)
Gula Pasir 3 sudu besar ( pakai yg kat umah je)
Garam 1 sudu kecil ( dah ade kat umah gak)
Tepung Kastard 2 sudu besar ( ade kat umah gak yg dulu2 punyer)
Air 1 cawan ( lagi la dah ade kat umah hee)

Loyang bersaiz diameter 15~20cm 

cara-caranya :
  1. Letak gula pasir dalam loyang&panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil sampai gula cair. Bila gula dah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula tu merata d permukaan loyang. Tutup la api bila gula cair tu mula berwarna sdkt kekuningan. jgn  sampai warnanya jadi benar-benar kuning atau perang, cukup la sdkt kuning je, coz proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit! biar jap 2 mint u gula tu beku  ( jap je nih)
  2. pastu masukkan telur+air+garam+tepung kastard+susu pekat manis ke dalam mangkuk/ blander dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.kalu dalam mangkuk, kacau2 slow je, janji sebati, jgn berbuih tau..kalu nak senang tepung kastard tu dibancuh dulu dgn air yg 1 cawan tadi)
  3. Tuang ramuan yang telah diblender/ kacau tadi ngan gunakan penapis (saya guna penapis teh je) ke dalam loyang yang telah ada gula cair yang telah keras tadi.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit. ( ni pun pastikan air dah sedia didih terlebih dahulu tau sebelum masukan loyang tadi)
  5. Apabila telah masak, biarkan dalam peti sejuk dulu, dah sejuk atau tak panas dah, telangkup loyang ke pinggan leper. yummy..alhamdulillah
tips:
~letakkan esen vanila dalam air kukus pun takpe..u dapatkan aroma yg wangi ..
~kene tapis tau kesemua bahan tadi setelah dikacau u buangkan tali pusat telur yang boleh menyebabkan hanyir serta bimbang2 ade tepung kastard yg tak hancur..
~garam diisi u membuatkan rase lemak je..bkn u masin erk..

murah kan? so pe tunggu lagi..buat tau!!!
~sekian...jgn lupe buat u insan tersayang...pasti terpancar senyuman di wajahnya ^_^  memasak kerana Allah, meraih berkatNYA~


apam polka dot...yummmy..

~ni la gambar apam dot yg saya buat...lagi banyk warna lagi best, kene kreatif u gabungkan warna..~
Subhanallah...menarik bukan..ramai dah org suke buat apam polka dot nih...mmg sempoi dan sedap..waktu sebelum praktikal ade gak saya buat u dijual di Maahad Ummu Aiman( tmpt keje suami) dgn harga 30 sen je..siap filling cokelat Beryls lagi hee...letak la gak jem strawberi jenama tesco hee...pe2 pun boleh..ni saya belaja dgn kak nurul ( kakak ipar saya yg tekun mengajar saya,nsb baik kak nurul jns sempoi..hee)..
ni resepinya...mudah je tau...^_^ 

          Jangan lupa mulakan setiap masakan kita dengan lafaz yang memuji Allah..membace surah Thoha ayat 1-5 u lembutkan hati anak, suami dan diri sendiri, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammmad sallallahu alaihi wasalam..insyaAllah makanan yg kita buat lebih lazat dan diberkati o NYA... 

bahan-bahan:
bahan 1-
2 cawan tepung gandum ( diayak)
3 sudu teh baking powder (diayak)

bahan u di mixerkan -
3/4 gula halus
3/4 tin susu cair
3 biji telur sejuk-dr peti ais 
1 sudu kecil ovalette
1 susu esen vanila
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna  ikut suka...nih yg sayepaling suke ^_^

cara-caranya :
1. Masukkan semua bahan apam (kecuali filling & pewarna) ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang.. (PUKUL TLUR, GULA & OVALETTE SMPI KEMBANG DULU,  BARU MASUKKAN SUSU CAIR DAN BHN  YANG DI AYAK)
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih (Plastik bungkus lauk tuh pun takpe..gune yg ujung,ikat la kat atas, jadi la cam piping beg..jimat ckit hee)
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-letak setengah je dulu
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...dot2 memainkan peranan tau...picit dengan kemas dan seragam..lagi besar lagi cantik..


tips dr kak nurul:
-nak ilangkan bau telur, masukkan esen vanila dalam bahan apam tadi..takpun mase kukus letak daun pandan dalam air kukus tuh
-pastu nak kukus apam, kene beli bekas apam (plastik) yag kecik2 tuh..supaya mudah u membentuk apam tuh..
-panaskan aair dalam kukusan awal2 supaya masa nak kukus tuh, air dah panas dan sedia u dikukus..kukus dalam api sederhana dan selama 15 minit..


selamat mencube ^_^

Sumber resipi : http://www.facebook.com/nurulliza#!/kongsiresepi

buat ais krim sendiri..lagi berkat ^_^

Saya nak share resepi yg kakak ipar saya ajar..mudah dan rasanya lebih berkat jika kita buat sendiri bukan..boleh baca bismillah..sambil2 guna mixer tuh, boleh la selawat supaya anak-anak lebih lembut hati, mudah dengar kata..insyaAllah..makanan yang berkat apabila kita mulakan dengan memuji nama Allah..

Bahan-bahan
1 tin susu pekat (kurgkan sukatan agak2 rs manis ok, sbb 1 tin mnis sgt)
2 tin air masak (sukatan guna tin susu)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar ovalet
1-2 sudu kecil esen vanilla
*perasa yg anda suka (optional)- kalu nak strawbery belilah yg ade perasa ngan warna dah...kakak ipar kate, blender buah strawbery pun boleh..buah mangga rase la mangga..^-^

cara-caranya :
1. Masak atas dapur susu pekat, air & tpg jagung. masak hingga tepung hancur.Tutup api & biarkan sejuk sekejap.
2. Masukkan ovalet & vanilla. Pukul guna mixer hingga adunan naik 2 kali ganda.
3. Tambahkan perisa yang anda suka dan pukul lagi hingga adunan betul2 halus. (agak2 cam icecream cair tu ok).
4. Simpan dalam bekas bertutup dan biarkan semalaman dlm freezer.
5. Esoknya leh makann nyum3 .. ^_^

apa tunggu lagi..korg gi la kedai atau pasaraya, beli je bahan tuh..buat malam nih..hee..insyaAllah sedap..

p/s :time kasih kak nurul coz mengajar saya banyak resepi...kadang2 buat sekali je pastu maleh dah hee...buat kalu ade event je ^_^