Men Are From Mars, Women Are From Venus..korang pernah bace tak buku ni? Buku ini dikarang oleh John Gray. Beliau telah menulis 16 buah buku diantaranya telah dinobatkan oleh USA Today sebagai “The Number One Best-Selling Book Of The Last Decade - It Is The Number One Relationship Book Of All Time”. Saya ada yang edisi bahasa inggeris dan juga bahasa melayu..^_^
Pertama kali jika saya membaca buku ini, saya mula memahami kenapa pasangan kita bereaksi dengan tingkahlaku tertentu. Tiap-tiap hari berbeza heee..Bukan sahaja suami atau isteri kita sahaja yang pelik, tapi semua pasangan begitu sebenarnya. Dengan mempelajari secara praktik dan spesifik bagaimana lelaki dan prempuan sebenarnya berbeza, kita akan sedar bahawa yang dunia perkahwinan ini tidak perlu menjadi begitu sukar. Buku ini sangat baik untuk menjadi panduan praktikal bagi semua lelaki dan perempuan, bagaimana kita nak memperbaiki komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Lelaki dari planet Mars, pompuan pula dari Venus..menarik bukan?? Lelaki dan perempuan berasal dari planet yang berbeza..kenapa?? Inilah simboliknya. Ada sebab mengapa Allah menciptakan Adam dan Hawa.
Men Are from Mars, Women Are From Venus menunjukkan strategi-strategi yang membolehkan pembaca belajar cara-cara untuk mengurangkan tekanan dalam hubungan serta bagaimana untuk memupuk perasaan cinta dan kasih sayang dengan cara pasangan mengenal pasti terlebih dahulu perbezaan antara keduanya.Tidak perlu bertengkar lagi !!
Buku ini mempunyai 13 buah bab yang setiap satunya dihuraikan dengan sangat baik dan mempunyai contoh yang sangat realistik dan kemungkinan anda juga pernah melakukannya. Penulis berjaya menghuraikan dengan baik mengenai pemikiran anatara lelaki dan perempuan yang sangat berbeza, tinkahlaku yang ditunjukkan oleh pasangan ketika stress dan langkah-langkah yang perlu dilakukan ketka berhadapan dengan konflik dalam perhubungan.
Kita akan melihat cara-cara berbeza bagaimana lelaki dan perempuan menghadapi stress. Bagi kaum lelaki apabila mereka mengalami masalah, mereka lebih suka menyendiri dan memikirkan dengan senyap apa yang merunsingkan fikiran mereka manakala perempuan lebih suka untuk bercakap dan meluahkan mengenai apa yang merunsingkan mereka.
Buku ini menekankan bagaimana perbezaan lelaki dan perempuan dalam memotivasikan diri mereka. Kaum lelaki sangat terdorong dan bermotivasi apabila merasakan diri diperlukan manakala perempuan pula dimotivasikan oleh perasaan dihargai. Lelaki teruja dan seronok apabila pasangannya memerlukan sesuatu darinya manakala perempuan akan gembira apabila dirinya dihargai atas apa yang telah dilakukan terhadap pasangannya.
Saya yakin jika setiap pasangan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita semua akan lebih seimbang. Bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus itu agar kita dapat belajar untuk saling memahami dan menerima perbezaan pasangan kita. Berlandaskan syariat dan sunnatullah..insyaAllah rumahtangga yang dibina terbina semakin hari semakin bahagia.. Dengan bekalan Syariat Allah dan Sunnatullah, sempurnalah perjalanan sebuah rumahtangga
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur
yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan),
karena itu Kami jadikan dia mendengar dan
melihat.” (Al-Insaan; 2)


No comments:
Post a Comment